About Me

My photo
Hi there! Buying online is something that easy to make. In this blog I'm have something to sell.Hope you all like it. Thanks for the support.

Thursday, April 26, 2012

9 makanan untuk rambut sihat

 
Merawat dan menjaga rambut agar tetap cantik tidak hanya dengan rajin bersyampu dan ke salun semata-mata. Untuk mendapatkan rambut yang sihat dan indah, perlu juga dilihat pada makanan yang diambil setiap hari. Ini kerana setiap sel rambut yang tumbuh bergantung pada nutrisi yang dimakan.Sekiranya makanan yang dimakan tidak cukup nutrisi, maka sel-sel rambut juga akan turut rosak. Jadi tunggu apa lagi! Jom semak bagaimana ingin memiliki rambut sihat dan cantik dengan pemakanan.

1)Ikan salmon
Kandungan omega-3, vitamin B-12 dan zat besi yang terkandung dalam ikan Salmon sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala. Kekurangan zat-zat tersebut boleh membuatkan kulit kepala dan rambut menjadi kering sehingga nampak seperti botak.

2)Sayur-sayuran berwarna hijau tua
Bayam, brokoli dan lobak Swiss ialah sumber terbaik untuk vitamin A, C,zat besi dan kalsium. Ia diperlukan untuk menghasilkan sebum iaitu minyak yang dihasilkan oleh folikel rambut. Ia berfungsi sebagai pelembap rambut secara semula jadi.

3)Buah segar
Tembikai, pisang, limau, epal dan buahbuahan yang lain dapat memberikan tubuh sejumlah nutrisi penting yang baik untuk mengurangkan keguguran rambut.

4)Kacang buncis
Ia bukan hanya mengandungi banyak protein untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut tetapi juga mengandungi khasiat zat besi, zink dan biotin.Kekurangan biotin akan menyebabkan rambut mudah rosak.

5)Kekacang
Bagi mendapatkan rambut yang cantik berkilau, makanlah banyak kekacang.Badam misalnya asam lemak omega-3 yang boleh membantu melembapkan rambut. Kekacang lain seperti cashew, pecans dan badam merupakan sumber zink yang baik. Kekurangan zink boleh menyebabkan rambut mudah gugur.

6)Telur
Telur merupakan antara sumber protein yang baik untuk mendapatkan rambut yang sihat.Kekurangan atau rendahnya kualiti protein pada tubuh boleh menyebabkan rambut tidak kuat dan warna rambut menjadi pudar.

7)Bijirin
Roti gandum dan bijirin merupakan sarapan pagi yang sangat baik untuk mendapatkan rambut yang sihat. Biji-bijian dan gandum mengandungi zink, zat besi dan vitamin B.

8)Produk susu yang rendah lemak
Produk susu yang rendah lemak seperti yogurt merupakan sumber kalsium yang baik. Kalsium merupakan mineral yang penting untuk pertumbuhan rambut.

9)Makanan laut
Kandungan zink dalam makanan laut seperti kerang, udang dan tiram boleh membantu mencegah rambut gugur dan memperkuatkan akar rambut. Ia juga membantu membina sel-sel badan untuk menjaga hormon dalam penyerapan vitamin yang baik untuk pertumbuhan rambut.

Wednesday, April 25, 2012

kalau dah jodoh..tak kemana kan?

seronoknya bila dengar kawan2 kita sume nak kawin dah.. alhamdulillah rezeki masing2 kan?
 untung ade orang yang betol2 nak sesuatu dalam perhubungan tu. nak membina masjid, keluarga.. untung kalau orang tu betol2 saling sayang, mencintai..
kalau tanya kat semua orang..apa ciri2 idaman nak dikirekn semuanya sama.. nak yang baik,sopan santun,caring,soleh solehah,bertanggungjawab,cantik,hensome,yang boleh membimbing kearah kebaikan..
hhmm mmg betol kan semua impian tu..orang cakap mr/ms right...
tapi tak semua ciri tu kita akan dapat..bukan semua orang sempurna di dunia ni.. semua manusia pernah buat kesilapan.dan kesilapan tu boleh diperbaiki..
kalau nak diceritekan pasal jodoh aku..biarlah Allah yang menentukan.. aku tak nak pikir boleh? aku malas nk pikir..tapi hakikatnya aku tak boleh buat mcm tu sebab..fakta umur yang akan meningkat membuat kan aku terus berpikir.. lagipun kalaulah boleh aku tak nak kawin lewat2..nanti tak best bila kite dah tue anak2 baru sekolah rendah..tak best lah..and kalau boleh lepas dip ni aku nak kawin..tu pun kalau boleh lah...
apelah aku ni orangnye pun tak pasti lagi aku ade ke tak tapi dah pasang impian mcm2.. aaiiisshhhh...
Ya Allah kau perjodohkanlah aku dengan orang yang boleh menjaga aku sepertimana ibu bapa menjaga aku, yang boleh membimbing aku kearah kebaikan menjadi isteri yang taat  pada suami dan taat pada Allah. Ya Allah, kau perjodohkanlah aku dengan orang yang menyayangi dan mencintai aku dengan setulus ikhlas hati dia.kau berilah kebahagian di dalam perhubungan kami.  Ya Allah kau percepatkanlah jodohku ini. Ammiinn~~  
 dalam kehidupan ini kalau takde dugaan, takde ujian yang Allah bagi memang tak best.. tetapi dugaan ini semua perlukan kesabaran yang tinggi..
andai saja aku boleh putar balik saat itu..pasti aku perbetolkan kesilapan ku ..masa tetap berjalan tidak terhenti tidak berpatah balik walaupun sesaat. tapi itu lah.. kalau lah aku tahu yang itu silap aku..pasti aku tak kan buat!!




 


Friday, April 20, 2012


Tidur Berkualiti,Bagaimanakah Caranya?




1)Tidur dalam bilik yang gelap, sunyi dan memiliki sistem pengudaraan yang baik.baik.
2)Tidur dalam keadaan berselimut.

3)Tidur tanpa bantal membantu memilikipostur tubuh yang baik.

4)Tidur dalam keadaan lurus. Elak daripada tidur secara membengkok.

5)Tidur awal atau selewat-lewatnya pada pukul 11 malam setiap hari.

6)Minum segelas air putih atau susu sebelum dan selepas bangun tidur. Ia membantu membersihkan bahagian dalaman tubuh. Elak minum kopi atau teh.

7)Amalkan latihan pernafasan sebelum tidur. Tarik nafas perlahan-lahan dan sedalamnya. Regangkan tubuh sebentar dan lepaskan nafas perlahan-lahan.







rahsia tahi lalat

saya comel kan? =D


TandaFirasat Tahi Lalat
Bibir atas kananBanyak rezeki, pandai
Bibir atas kiriRamai kawan, baik hati
Bibir bawah kananDisegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiriPandai bicara, tak mudah kalah
Leher kananCerdas, jujur, berani menderita
Leher kiriCerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengahTercapai cita-cita
Biji mata kananSuka serong dan pembohong
Biji mata kiriPembohong tetapi baik hati
Hujung mata kananBaik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiriBaik budi, murah rezeki
Punggung kananAgak mengalami kesulitan
Punggung kiriMalas dan suka duduk
Betis kananSuka berhibur, boros
Betis kiriRajin, tidak suka menganggur
Lutut kananBersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiriKurang kuat berusaha
Kepala sebelah kananTerkabul cita-cita
Kepala sebelah kiriSering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakangJujur, sabar dan tekun
Kening kananCerdas dan cekap
Kening kiriCerdas dan sopan santun
Tengah keningKeras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kananKecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiriSuka berpoya-poya
Ketiak kananDapat menyimpan rahsia
Ketiak kiriJujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kananSuka keluar rumah
Pergelangan kaki kiriKehendak kuat
Batang hidungBanyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidungBanyak rezeki
Dagu bawah kananJujur dan baik hati
Dagu bawah kiriBijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiriBaik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki)Bakal beristeri dua
Tumit kananJujur dan banyak kawan
Tumit kiriBaik budi
Alis kananSuka menolong dan baik hati
Alis kiriRamai yang suka
Pangkal peha kananKemahuan kuat
Pangkal peha kiriSuka kerja apa pun
Telapak kaki kananTak mudah mengeluh
Jari kaki kananSuka menolong
Jari kaki kiriBerbudi, suka berbuat baik
Bahu kananCermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiriSuka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kananBaik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiriRamai kawan, setia pada pasangan
Lengan kananSetia dan taat pada atasan
Lengan kiriMenepati janji dan rajin
Pipi kananRamai teman
Tengah-tengah pipi kananRamai yang suka
Tengah-tengah pipi kriRamai teman
Ubun-ubunKurang jujur
PusatCerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kananSejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiriBeroleh kemuliaan
Pinggang kananSayang pada pasangan hidup
Pinggang kiriDisayang pasangan hidup
Dada kananDapat mengatasi masalah
Dada kiriBerani, jujur dan sabar
Telapak kaki kananTidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiriBaik budi pekertinya
Siku tangan kananKuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiriBaik hati, suka menolong
Jari tangan kananSerba beroleh keuntungan
Jari tangan kiriSerba baik bekerja
Jari telapak tangan kananBanyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiriBanyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kananBoros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiriDapat berpangkat
Perut bawah kananBanyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiriBaik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalamDisayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalamTidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luarBaik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiriMurah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kananSerba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atasBaik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atasBaik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawahAgak malas
Kelopak mata kiri bawahAgak bodoh, kurang bijaksana

dan apabila kawan itu paling bermakna bagi hidupku










april 13 , 2012
okey pada tarikh ini kami ber tiga..opps lupa pulak kami berempat 3 ppuan dan 1 anak teruna.. IKA,MIERA,FIQA, annd QIMIE ..
setelah memendam rasa rindu yang terpahat di hati kami berempat..dan pada tanggal ini  kami bertemu. =) 
sya nak mengucapka terima kasih kepada miera syang sebb buat suprise . thanks somuch. 
kami ni satu kepala.. semuanya gilagila.
okey,destinasi kiteorang is JUSCO,SEREMBAN 2
kami ke sini dengna menaiki kerete shaqimie.. okey  first time dorang dtg jemput aku kt rumah qimie yang drive,then time nak pegi jusco kerete dipandu oleh ika..then time balik tu aku yang drive.hehehe sengal kan? semua dpt merasa.. thanks to qimie sbb bwk kerete dtg jump aku.sayang korang sngt2
smpai akt jusco dorang pegi teman aku beli kasut vincci itam..huiih dah lame tak pegi membeil kasut..harga nya rm45. hurmm takpe lah..atleast aku ade jugak kasut nak klua jalan.biar mahal aslkan kaki ku tak sakit. =)
after that kami ke KFC ..disebabkan lapar sangat.. mkn je lah kat KFC ni.. smbil makan sambil bercerita.. ia memang kalau kiteorang dah start bercrite mmg sampai esok pun tak habis..haha tengha syok2 bercerite..tengok2 semua kedai dah tutup. ye la pasaraya kat jusco ni kan tutup pukul 10 mlm..so kiteorang balik dgn kedai semua dah tertutup sampaikan pintu nak kelaur pun dah ditutup. kiteorang terpakse keluar ikot laluan kecemasan.
and then dorang hantar aku bali rumah.. yeah hampir 12 oclock jugk lah.. igtkan nak main fun fair...ggrr tapi aku kan dok kat rumah orang tue aku.soo takleh ar nk enjoy sgt..
tapi hari ni mmg best.. dpt jump dorang..smbang2..makn sesame.. berpelukan..oppss.hhahaa..
sayang dorang sangat..
p/s : alot of love <3

haram untuk menjadikan wanita sebagai kekasih tetapi tiada niat untuk menikahinya


okey kat sini nak share jugak.. ni print screen daripada my twitter. .. kalau tak nmpak pic tu sya boleh terangkan.. 


ustaz azhar idrus berkata : HARAM UNTUK MENJADIKAN WANITA SEBAGAI KEKASIH TETAPI TIADA NIAT UNTUK MENIKAHINYA


ya! itu yang diperkatakan oleh ustaz azhar idrus..ayat dia memang pedas.tapi itu lah kebenarannya..
ye la, kalau nak di ikutkan .memang lelaki tak patut pun nk 'couple' dengan seseorang tanpa niat untuk menikahi nya.! so what? kalau utunk bersuka ria je, baik tak payah.pastu couple banyak and menyakitkan hati seorang ppuan dan membuat kan seseorang ppuan tu menangis kerana sakit hati!! 


so untk mereka yang bernama lelaki itu..silalah jangan menyakitkan hati seseorang ppuan kerana hatinya lembut.. dan pasanglah niat yang betul.kalau tidak sedia untuk menikahi ppuan itu..buatlah sebagai kawan dahulu!

Thursday, April 19, 2012

untuk mengingatkan


saya menyokong!! peringatan kepada mereka tak kira sama ada lelaki mahupun perempuan .. berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu.. dan ingatlah ayat kat atas tu.. JANGAN PERNAH MENYENTUH SESEORANG ITU KALAU HANYA AKAN MENGHANCUR PERASAANNYA...JANGAN PERNAH MENATAP MATANYA JIKA SEMUA YANG KAMU LAKUKAN HANYA BOHONG.HAL YANG PALING KEJAM ADALAH JANGAN MEMBIARKANNYA JATUH CINTA SEMENTARA KAMU TIDAK MENCINTAINYA..

p/s : mintak tolong kepada sesiapa yang tidak mempunyai hati kepada seseorang janganlah kamu menyintai dirinya. kalau ada, silalah mencintainya dengan penuh keikhlasan dihati anda. TQ.

Tuesday, April 17, 2012

Ainan Tasneem – Aku Suka Dia Lyrics Chord

lagu ini khas ditujukan untuk my LOVE.. enjoy ^-^


Tunning: Capo On 1


Intro: D A Em G


D A
Aku lihat dia di sana
Em
Aku ingin mendekatinya
G
Aku cuba mengampirinya
D
Lalu aku menyapa dia

D A
Dia pun membuka bicara
Em
Dan aku mulai mengenalnya
G
Kita mulai bermain mata
D
Mula timbul rasa bahagia

Chorus :
D A Em
Bila dia, mendekati diriku,
G D
Hatiku rasa sesuatu
D A Em
Bila dia, senyum pada diriku
G D
Hatiku rasa tak menentu

D A Em G
D A
Kekadang hati ku bertanya
Em
Adakah dia dah berpunya
G
Kerana diriku berasa
D
Aku jatuh hati padanya

D A
Aku ingin memilikinya
Em
Aku ingin menjaga dia
G
Aku ingin mencinta dia
D
Aku ingin hidup dengannya

Chorus:
D A Em
Bila dia, mendekati diriku,
G D
Hatiku rasa sesuatu
D A Em
Bila dia, senyum pada diriku
G D
Hatiku rasa tak menentu

D A Em
Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
G D
Untuk meluahkan rasa
D A Em
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
G D
Menunggu cinta darinya

D A Em G
Bridge :
D A Em
Ku terima satu nota..darimu..
G D
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Back To Chorus
D A Em
Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
G D
Diriku sangat gembira
D A Em
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
G D
Menerima cinta darinya..

D A Em
Owh owh…

G D
Aku suka dia…


Sunday, April 8, 2012

hari sukan prgkt daerah di sekolah za'ba kuala pilah

asslamualaikum. 
pagi2 lagi mak aku dah kejut bangun siap2 untuk pergi tengok adik aku masuk sukan lari 200m.
kacau saja tidur. okey then, pukul 1030 aku bangun makan sarapan pastu kejut abg aku kiteorang pegi bertiga. 12tghari kami bertolak dari rumah.mak aiihhh panas betol .bahangnya .lepas 45minit kami sampai di tempat yang ingin dituju. ffuuuhh~ berpeluh bukan main lagi kalah orang yang bersukan.haha. pkul 330pm baru start acara adik aku ni. so sebelum tu tengok je lah sukan yang lain. uiih, rindunya nak bersukan. nak berlari .nak lompat tinggi. rindu2..okey kite ringkas kan cerite. adik aku berjaya dapat tempat ke-2. not bad =) keep it up borther. 

nyam nyam mengenyangkan aku.huhu =)